Seorang gadis datang menemui
Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam
poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang
menanggung kesakitan yang
amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu
menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu
sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malanginipun
menceritakan hal yang berlaku
padanya :- "Ya,Rasulullah,
sesungguhnya aku adalah anak
yatim piatu. Malam tadi aku telah
bermimpi dan mimpiku itu telah
membuatkan aku menanggung
kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan,
ceritakanlah mimpimu itu wahai
anakku." Rasulullah mula tertarik
dengan penjelasan gadis
tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di
dalam neraka. Keadaannya amat
menyedihkan. Ibuku meminta
diberikan air kerana dia amat
dahaga kerana kepanasan api
neraka itu hingga peluh tidak
sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata." Gadis itu berhenti
seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan
kirinya ada seketul keju dan
ditangan kanannya ada sehelai
tuala kecil.Beliau mengibas-
ngibaskan kedua-dua benda
tersebut untuk menghalang api
dari membakar tubuhnya. Lantas
aku bertanya ibuku, kenapa dia
menerima balasan sebegitu rupa
sedangkan ketika hidupnya ibuku
adalah seorang hamba yang
patuh dengan ajaran islam dan
isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa
ketika hidupnya dia amat bakhil.
Hanya dua benda itu sahaja iaitu
seketul keju dan sehelai tuala
kecil pernah disedekahkan
kepada fakir. Yang lainnya hanya
untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya
sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku.
Rupanya beliau berada di syurga
dan sedang menjamu penghuni
syurga dengan makanan yang
lazat dan minuman dari telaga
nabi. Ayahku memang amat
terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu
aku bertanya kepada ayahku.
"Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menaggung azab
di neraka.Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di
dunia kulihat ibu amat
mentaatimu dan menurut
perintah agama. Lalu dijawab
oleh ayahnya. Sesungguhnya
beliau dan semua penghuni
syurga telah dilarang oleh Allah
dari memberi walau setitik air
kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk
kebakhilan yang dilakukan ketika
didunia. Oleh kerana kasihan
melihat azab yang diterima oleh
ibuku, aku lantas menceduk
sedikit air mengguna tapak
tangan kananku lalu dibawa ke
neraka. Belum sempat air
tersebut mencecah bibir ibuku,
api neraka telah menyambar
tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan
mendapati tapak tanganku
melecur teruk. Itulah sebabnya
aku datang berjumpa engkau ya
Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita
sambil airmatanya tidak henti-
henti mengalir dipipi. Rasulullah
kemudian meletakkan tongkatnya
ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah.
Jika sekiranya mimpi gadis
tersebut adalah benar maka
disembuhkanlah agar menjadi
iktibar kepada beliau dan semua
umat islam. Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis
tersebut sembuh. Rasulullah
lantas berkata, "Wahai anakku,
pulanglah. Banyakkan bersedekah
dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu. Mudah-
mudahan segala dosanya
terampun.
。Sahabat jika Artikel Ini
bermanfaat silahkan dibagikan ,
sampaikan walau satu ayat ,,
。Sabda Rasulullah SAW ;
"Siapa yang menyampaikan satu
ilmu dan orang membaca
mengamalkannya maka dia
akan beroleh pahala walaupun
sudah tiada."
(HR. Muslim)
♥ Semoga Bermanfaat.. ^_^
。Salam santun selalu ya akhina
wa
ukhtina.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment